Mrs MishBubbles .


Never mind, I'll find someone like you, I wish nothing but the best for you, too Don't forget me

► Me ?
►Tutorial + Freebies+ Tips
► Friends.
► Entries ,



Cbox or Shoutmix Here , Baby ! =D


Template By : RazHaikalRadzi
Blogskin : RazhaikalRadzi
Re-Edit By : ME 

Here I am ~
Friday 21 December 2012 | 00:23 | 0COMMENTS

  Assalamualaikum , Piqah masih lagi berada dalam dunia blogging ni , tapi semakin berkurangan . Piqah taktau nak tulis entry apa sekarang ni.Hanya tulis apa yang keluar dari kepala otak ni.Gambar di atas tiada kena-mengena dengan entry ni. Pejam celik pejam celik , sekolah dah nak buka laa . Tak sabar rasanya sebab bosan sangat kat rumah ni, taktau nak buat pape. Kalau sekolah mesti la ade homework , tapi kadang-kadang mengjengkelakan . Hoho :3

  Piqah harap sangat dapat mencapai azam 2013 . Hehey ! Sebenarnya bukan nak tulis entry pasal sekolah , cuma nak cakap yang Piqah dah tukar skin blog ni kepada yang baru dan lebih cantik. Pertukaran skin ni penting jugak sebab kalau skin dah cantik mesti la kita lebih rajin nak tulis entry.Betul kerr? -_- Piqah sorang je yang perasan , Huhuhu . 

  Okayy tak skin ni , sebenarnya Piqah baru je tukar skin.Bosan dengan skin lama... Piqah dah malas nak taip so sampai sini sahaja , bubye .Selamat petang semua :)) Assalamualaikum !

Arrghhh !
Tuesday 11 December 2012 | 23:20 | 0COMMENTS

  Assalamualaikum , hari ni , tepat pada pukul 03.11 Piqah benci akaun twitter atas ni dan keyboard netbook ni ... Sebab apa? First, account twitter Piqah dah tak boleh on . Sama macam duluu. Dulu pun tak boleh on jugak , tapi beberapa hari/minggu kemudian Piqah on balik dah boleh. Tapi sekarang dah tak bolehh . Arghhhh ! Benci sangat . Terbakar rasa hati ni . Kenapa la boleh jadi macam ni kan , kan? 

  Second pasal keyboard netbook ni ! Bila Piqah tekan keyboard *huruf-huruf keyboard ni* memang tak menjadi . Maksudnya bila tekan dia tak keluar/muncul pun huruff . Double triple bencii dehhh !!! Kenapa semua ni terjadi? Panass sangat-sangat ni tauu . Takpe , nanti Piqah nak cuba on balik twitter tu , Piqah sayang sangat twitter tu sebab tu la twitter Piqah yang pertama. Btw,Piqah pun ada twitter yang kedua . Tapi second twitter ni tak best sangat la . Taktau la kenapa padahal sama je semua twitter...

  Piqah rasa setakat ni je entry kali ni ... Memang sakit hati sesangat ni . Dua masalah berlaku dalam satu masa . Okayy lah . Bye dan Assalamualaikum . Nanti Piqah update lagi yee . 

Happy Birthday To Me ツ
Sunday 9 December 2012 | 21:03 | 0COMMENTS

  Assalamualaikum blogger , semalam 09/12/12 kan kan ? Jadi , semalam birthday Piqah ... Happy tu takde la sangat , biasa-biasa je la .. Hahaha 8D . Birthday Piqah bulan 12 , memang lambat nak tunggu , Piqah baru je cukup umur *13 tahun* . Orang lain dah nak masuk *14 tahun* . Tapi Piqah baru je masuk *13 tahun* . Lama tuuhh . Huhuhu ! 


  Tengok lah . Kak Wardah cakap Piqah baru je masuk 13 tahun , amat menyedihkan . Takpe yang penting dah cukupp umur yee . Ngeehh -.- ! Piqah memang tak dapat present daripada kawan-kawan dan parents , maybe lain kali kott , dan birthday Piqah pun tak disambut . It's okayy :D Piqah tak kesahh pun ,. 

  Dah letih tulis entry pasal ni dan takde idea nak tulis ape benda ntah . Setakat ini sahaja , bye dan Assalamualaikum . Hope korang suka baca entry Piqah ni :)



Skin Baru (=
Saturday 8 December 2012 | 22:32 | 0COMMENTS

  Assalamualaikum , nampak tak gambar kat atas ? Tu gambar skin , Piqah dah tukar skin blog Piqah sebab dah bosann dengan skin lama ... Mesti blog ni pun nak tukar baju jugak kan? Lagi pun Piqah bosann jugak , taktau nak tulis entry apa ... Jadi, Piqah tukar je blogskin ni ... Skin ni Piqah memang berkenan , kalau korang nak tau , setiap kali Piqah on blog , mesti Piqah usha blogskin yang baru-baru lagi cantik .. :) Piqah memang agak rambang mata dalam memilih skin . Huhuhu :D

  Dulu Piqah hanya guna blog biasa jerr . Tapi sekarang semua blog Piqah guna blogskin sebab Piqah rasa blogskin lebih cantik dan tak perlukan banyak masa untuk mengedit apa yang patut. *Lebih menjimatkan masa laa* . Lagipun Piqah memang malas nak mengedit bagai nii ... Background skin ni berwarna hijau dan hijau bukan warna kegemaran Piqah , tapi nampak okayy lah ... Comell la jugak , takpe , yang penting cantik dan boleh digunakan :)

  Sebelum guna skin ni , Piqah guna skin Forever Young ... Skin tu comey tapi ada sedikit *calar* . Huhuhuhu . Dekat welcome tu takde gambar , so Piqah tukar la .. *cerewet tak Piqah?* memang pun ... Piqah memang tukar kalau ade *kecalaran* walaupun sedikit . Okay la , setakat ni jer Piqah nak tulis . Dah tak laratt da , sampai berjumpa lagi . Bye dan Assalamualaikum ::


Reunion tahun 6
Thursday 6 December 2012 | 06:45 | 0COMMENTS

  Assalamualaikum , nampak tak gambar kat atas ni? Piqah guna perkataan aku je lah . Lebih senang kan untuk menceritakan dengan lebih syok dan mendalam ? Baiklah , sebelum menunggu cerita Cinta Bersemi Di Putih Abu-Abu disiarkan , aku nak tulis entry dulu .. Dah lama rasanya tak tulis entry ... Rindu lah pulak , blog pun dah lapok nampaknya ... Gambar di atas non-edit ye ...

  Aku pergi reunion dengan kengkawan pada bulan 11 lagi sebenarnya, tapi aku malas nak tulis entry ... Huhuhuhu ! Dasar pemalas , jangan tiru macam saya . Aku pergi dengan jiran aku sebab ayah aku takde . Kami pergi kira-kira pukul 2 lebih kot . Lupa nak tengok jam ... Ramai yang pergi kawan-kawan aku yang lama . *err sory kalau aku cakap lama* . Tapi sedih juga sebab tak dapat jumpa dengan kawan yang tak dapat datang ... Yang penting dapat jumpa sebahagian nya pun dah kira bagus la tu ...

  Tempat yang dituju ialah MarryBrown , memang bagi aku tak menarik langsung ... Aku tak suka makan kat marrybrown and dah bosan sebab selalu kalau ada apa-apa pertemuan dengan kengkawan mesti pergi sana . *maaf jika anda menyangka saya agak berlagak* . Aku makan takde la banyak sangat dan ada jugak kawan aku hanya minum air jer . *kuruskan badan agaknya* . Ape-apa je la .. Yang penting dapat jumpa kawan lama . Itu yang paling best .. Aku sebenarnya memang malas nak pergi reunion ni , tapi disebabkan nak jumpa kawan lama , so terpaksa la pergi ... 

  Lepas habis menjamu selera , kitorang takde pergi mana-mana pun ... Terus balik rumah jer . Sempat lagi bergambar tau . Cuma aku malas nak upload dalam blog ni sebab line internet memang lembab gilaa ! Sakit hati ini !... Aku rase setakat ini sahaja entry kali ini . Maaf jika tersilap bahasa or tutur kata . Kalau ade typo tu tegur lah yee.. Biasa lah budak baru dalam dunia blog ni .... Assalamualaikum and selamat malam semua :)


Kejar HOT .
Tuesday 4 December 2012 | 01:02 | 0COMMENTS

  Assalamualaikum semua warga blogger :) Hujan lebat ni best jugak kalau tidur. Hihihi =) Sebenarnya Piqah nak tulis entry pasal manusia ni yang . Piqah takde niat nak aibkan dia. Tapi sekadar ingin mengongsi sahaja. Memang dah takde lelaki lain ehh dalam dunia ni asyik nakk kejar yang seorang ni je.Piqah pun minat jugak kat Wan Zack Haikal.Tapi takde la seteruk manusia ni.

  Maaf sekali lagi,bukan nak buka aib dia. Hanya suka-suki. Maaf jika Piqah berkelakuan kurang sopan yee :) Sampai disini sahaja entry kali ni. Kesimpulannya, kalau nak famous pun jangan la buat macam ni. Nampak sangat nak suruh orang bash dia and then HOT . Assalamualaikum :) Bhai. Selamat malam.

Comelkan ? Seee :D




Hi December !
Monday 3 December 2012 | 06:48 | 0COMMENTS

  Assalamualaikum semua =) Malam ni Piqah nak tulis entry pasal bulan December...Walaupun dah lepas awal bulan December,Piqah tetap nak tulis entry ni sebab bosan . Huhuhuhu! Lagipun Piqah taktau nak update apa... Jadi,update je pasal bulan December ... Bulan December tiada kaitan dengan gambar di atas... Choi Minho yang hencem .

  Bagi Piqah bulan December ni sepcial sikit tau =) Sebab 08/12/12 hari lahir ayah Piqah dan 09/12/12 pula hari lahir Piqah . Tak sabar rasanya nak tunggu date nie ... Yahooo ! Okayylah, Piqah pun dah taktau nak taip apa . Nanti jadi typo pulak . Bhaii and Assalamualaikum ;D Gudnite , sweet dream !